Wednesday, 16 March 2016

Dulu Hipster, Sekarang 'RAVER' Pula. Dari Mana Asal Usul Trend Ini Sebenarnya?

Rave iaitu jenis tarian baru yang menjadi fenomena dalam kalangan remaja Malaysia sekarang. Kumpulan remaja ini juga menggelarkan diri mereka sebagai Ravers.Kalau dulu mungkin kumpulan punk, skinhead, gothic, black metal dan sebagainya menjadi ikutan, kali ini kumpulan ravers nampaknya mula menjadi ikutan baru remaja kita. Sebenarnya Rave adalah singkatan daripada perkataan 'Radical Audio Visual Experience' dan istilah pesta rave pertama kali dipakai pada tahun 1980-an dan 1990-an. Pesta rave selalunya diadakan pada waktu sebelah malam yang mana ia diiringi muzik berirama rancak dan pertunjukan lampu. Dalam pesta-pesta seperti ini DJ akan memainkan muzik seperti techno, trance dan sebagainya. Menurut kamus urban pula, rave disifatkan seperti budaya remaja yang mengikuti pesta tari-menari yang mana DJ akan memainkan muzik rancak dan mereka akan menari mengikut rentak muzik yang dimainkan dengan pergerakan yang laju, tidak tersusun dan sukar dijangka.Pada akhir 1980-an, istilah rave dipakai untuk menggambarkan suasana pesta di Ibiza, iaitu sebuah pulau yang terletak di Lautan Mediterranean yang sering dikunjungi remaja Jerman dan Inggeris ketika bercuti. Kemudiannya, Istilah rave dipakai untuk menjelaskan pesta-pesta liar dalam kalangan generasi remaja pada awal 1960-an. Variasi dari istilah rave adalah rave-up setelah dipopularkan oleh band The Yardbirds dari Amerika Syarikat.Dan apa pula itu hipster? Hipster bermaksud gaya hidup masyarakat urban yang lebih moden dan berlainan. Mereka dikaitkan dengan muzik bebas (muzik indie dan underground) dan selera berpakaian yang sangat berbeza. Kini, ada pula sekumpulan remaja menggelar diri mereka sebagai 'Geng Hipster'. Rujukan:http://says.com/my/seismik/apa-sebenarnya-ravers

No comments:

Post a Comment